Pemuda Virall Tulis Al-Quran 30Juzz Pake Tangan, Untuk Jadikan Mahar Buat Bakal Isteri
Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas. Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda berasal dari Indonesia ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.
Tulis tangan ayat al-Quran
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci. Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa. Subhanallah!
lam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.
Teruskan bakat anda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin. Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.
Idaman dunia akhirat
Satu antara seribu lelaki di dunia
Lawanya tulisan
Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik. Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.
Belum ada Komentar untuk "Pemuda Virall Tulis Al-Quran 30Juzz Pake Tangan, Untuk Jadikan Mahar Buat Bakal Isteri"
Posting Komentar